Thursday, April 12, 2007

Jumaat



Allah menjadikan masa dalam seminggu itu ada tujuh hari .
Dalam hari-hari tertentu terdapat peristiwa peristiwa tertentu tercatat didalam sejarah islam itu sendiri .

Nabi Musa as dan pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari sabtu ,Nabi Isa as hari Ahad , NAbi Ibrahim A.s hari isnin,Nabi Zakaria as hari selasa ,Nabi Yahya as hari Rabu ,Nabi Adam as hari khamis ,.
Allah swt menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling utama untuk Nabi Muhammad saw serta umatnya kerana pada hari tersebut tersimpan pelbagai keutamaan ,fadhilah dan khasiat .Pada hari jumaat Allah meletakan kelebihan yang tak terhingga .Pada hari initerciptanya Nabi Adam as ,turunnya kebumi dan wafatnya Nabi Adam as .Pada Hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat .Hari Jumaat merupakan hari yang sangat besar disisi Allah kerana diantara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab ,tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap ilahi .


Hari Jumaat .
Pernikahan antara Adam dan Hawa .
Pernikahan antara Yusuf dan Zulaikha .
Pernikahan Rasululah dengan Siti Khadijah .
Pernikahan Nabi Musa A.s dengan Safura bt Nabi Syuib as.
Pernikahan Ali ab Talib dengan Fatima Az Zahra .

Untuk Maz ,hari ini sudah masuk minggu kedua perkenalan kita .mungkin masih terlalu awal perkenalan kita ,
Terikat kasih dan sayang dengan pandangan mata hati .
Bersatu janji dan setia kasih ;untuk meniti hari-hari bahagia bersama .Halangan dan dugaan tidak dihiraukan ,onak dan duri tetap diredah ,ombak dan gelora tetap direnangi menuju puncak bahagia bersama .

semoga Allah swt memudahkan jalan ,memberikan sinaran ,cahaya keimanan untuk dua hati ini mengetuk pintu kasihnya dengan panduan paling sempurna iman dan Al Quran .

Saat kamu merasakan cinta sejati,
kamu menyayangi seseorang apa adanya ,
memahami kekurangannya dan menutupi kelemahannya ,
sambil melihat sisi terbaiknya .


No comments: