Saturday, May 24, 2008

satu lagi hari bersejarah

tanggal 24 mac 2008 berlangsungnya konvokesyen USm ke 34 di USm minden .Diiringi doa isteri kami berdua bersama-sama bertolak dari KL ke pulau pinang . Rasanya dan 18tahun aku tak menapak kaki ke pulau pinang .Nampaknya tak banyaknya yang berubah .Sama saje ,walaupun dikatakan betapa pesatnya membangun .Melacong di pantai dan bukit bendera .Rasa sedih tu ada gak sebab kedua ibu bapa tak bersama kali ni tapi tetap bersyukur ditemani isteri tersayang , jasa dan pengorbananmu takkan ku lupakan sayang .Susah senang sentiasa bersama .Dapat hadiah bunga besar dari sayang ,terharu sungguh hero sorang ni he he he .Tido snetiasa lena ..Satu lagi kenangan tak dapat kulupakan dipulau ini ialah our best dinner for that occasions . Cukup puas hati rasanya . Sayang senyum memanjang ...tak sabar nak kembali lagi ,maybe meraikan dinda pulak nanti ...Dr Ratna Mazlina he he he atau dr amir junior insyaAllah .....TAKBIR .

Thursday, April 12, 2007

utk maz

Jumaat



Allah menjadikan masa dalam seminggu itu ada tujuh hari .
Dalam hari-hari tertentu terdapat peristiwa peristiwa tertentu tercatat didalam sejarah islam itu sendiri .

Nabi Musa as dan pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari sabtu ,Nabi Isa as hari Ahad , NAbi Ibrahim A.s hari isnin,Nabi Zakaria as hari selasa ,Nabi Yahya as hari Rabu ,Nabi Adam as hari khamis ,.
Allah swt menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling utama untuk Nabi Muhammad saw serta umatnya kerana pada hari tersebut tersimpan pelbagai keutamaan ,fadhilah dan khasiat .Pada hari jumaat Allah meletakan kelebihan yang tak terhingga .Pada hari initerciptanya Nabi Adam as ,turunnya kebumi dan wafatnya Nabi Adam as .Pada Hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat .Hari Jumaat merupakan hari yang sangat besar disisi Allah kerana diantara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab ,tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap ilahi .


Hari Jumaat .
Pernikahan antara Adam dan Hawa .
Pernikahan antara Yusuf dan Zulaikha .
Pernikahan Rasululah dengan Siti Khadijah .
Pernikahan Nabi Musa A.s dengan Safura bt Nabi Syuib as.
Pernikahan Ali ab Talib dengan Fatima Az Zahra .

Untuk Maz ,hari ini sudah masuk minggu kedua perkenalan kita .mungkin masih terlalu awal perkenalan kita ,
Terikat kasih dan sayang dengan pandangan mata hati .
Bersatu janji dan setia kasih ;untuk meniti hari-hari bahagia bersama .Halangan dan dugaan tidak dihiraukan ,onak dan duri tetap diredah ,ombak dan gelora tetap direnangi menuju puncak bahagia bersama .

semoga Allah swt memudahkan jalan ,memberikan sinaran ,cahaya keimanan untuk dua hati ini mengetuk pintu kasihnya dengan panduan paling sempurna iman dan Al Quran .

Saat kamu merasakan cinta sejati,
kamu menyayangi seseorang apa adanya ,
memahami kekurangannya dan menutupi kelemahannya ,
sambil melihat sisi terbaiknya .